Apa itu Rumpai Laut?

Rumpai Laut amat popular dan dikenali oleh masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britain dan Amerika serta asia sejak ribuan tahun yang lalu. Sebelah barat ia dikenali Seaweed, Hawai ”Limu”, Britain “purple laver” bahagian asia timur dipanggil Rumpai laut yang amat tinggi khasiatnya……hampir menyamai sarang burung layang-layang.

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan (Halal) semula jadi laut berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar,batang dan daun. Sarang burung laut sangat sempurna dari segi sifatnya yang biasa hidup didasar laut cetek di tembusi cahaya matahari.Kehidupannya memerlukan laut yang amat bersih,tidak tercemar dan ombak laut yang tidak kuat.
Istilah rumpai digunakan pada flora ini,lebih tepat lagi ia diistilahkan sebagai sayur-sayuran.Sarang burung laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan(vegetarian&diet),perubatan, industri kecantikan dan industri lain.
(Sarang burung laut ini di bungkus 100% semula jadi dari laut,mungkin ianya menpunyai sisa-sisa garam dan bau air laut)

KETAHUI FASA-FASA PEMPROSESAN IBU KOLAGEN @ RUMPAI LAUT

RUMPAI LAUT KERING / DRIED SEAWEED EUCHEUMA COTTONII / TAMBALANG COKLAT HIJAU

Rumpai Laut Gred AAA => Ungu / Violet / Coklat

*pengeringan cara angin panas / hotwind
*warna asal / basah segar adalah coklat merah sebelum proses pengeringan
*pertukaran warna adalah berperingkat2 / berfasa

Fasa 1

*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
*warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih

Fasa 2 & 3

*warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet akan bertukar sepenuhnya
kepada violet kemerahan dan coklat muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 3 bulan atau lebih

Fasa 4 & 5

*warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari fasa 2 & 3 akan
bertukar ke coklat dan coklat gelap
*warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang red brown. Sistem pengeringan rumpai laut kering
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir
menyamai asal dalam 80 - 90% dari rumpai laut segar.
Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.

Rumpai Laut Gred A => Putih / Kuning muda / Coklat muda / Kuning Emas
*pengeringan cara pengewapan / steam
*warna asal / basah segar adalah coklat hijau sebelum proses pengeringan

Fasa 1

*warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 7 hari atau lebih

Fasa 2

*warna bertukar ke kuning muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih

Fasa 3

*warna bertukar ke coklat muda
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 bulan - 5 bulan

Fasa 4

*warna bertukar ke kuning emas
* umur kesegaran dan warna bertahan dari 5 bulan - 1 tahun lebih

Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu
eucheuma cottonii / Tambalang brown green. Sistem pengeringan rumpai laut
yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari
rumpai laut kering gred AAA. kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar
Warna bertukar berperingkat - peringkat / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini.

 

 

News

BH - Rumpai Laut Alternatif Baru Untuk Rawatan Jantung

05/01/2013 19:47

Kesungguhan Kerajaan Terhadap Khazanah Laut

05/01/2013 19:44

Tahukah Anda?

05/01/2013 18:24
Tahukah anda bahawa rumpai laut @ ibu collagen yang di hasilkan gugusan kepulauan Semporna, Sabah...